Warner Bros Games bersama dengan Unbroken Studios ketika Summer Game Fest telah mengumumkan yang permainan Harry Potter Quidditch Champions akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC pada 3 September 2024.

Seperti judul untuknya, permainan ini memfokuskan kepada Quidditch iaitu sejenis sukan di dalam dunia Harry Potter. Permainan ini boleh dimainkan secara solo, bersama rakan ataupun secara dalam talian melalui mod PvP.

Mereka juga mengumumkan yang jika anda memiliki permainan Hogwarts Legacy, pemain akan mendapat Legacy Pack yang menyertakan barangan kosmetik. Pada pelancaran, permainan ini tidak akan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini