LEGO Horizon Adventures Dilancarkan Akhir Tahun Ini

Guerrilla bersama dengan Studio Gobo ketika Summer Game Fest telah mengumumkan yang LEGO Horizon Adventures akan dilancarkan pada akhir tahun ini untuk PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui permainan ini, pemain boleh mengembara di dalam dunia Horizon sebagai LEGO dan dapat bertempur dengan pelbagai raksasa secara berseorangan ataupun bersama dengan rakan secara setempat dan juga koperasi dalam talian.

Pemain juga boleh menghias semula Mother’s Heart dengan menggunakan pelbagai bongkah LEGO dan juga binaan.

Sohor Kini