Strikez Inc telah mengumumkan yang pemain akhirnya boleh mencuba secara sendiri permainan simulasi bola sepak mereka iaitu UFL melalui sesi beta terbuka yang bermula pada hari ini sehingga 9 Jun 2024 melalui PlayStation 5 dan Xbox Series.

Mereka juga mengatakan yang pembangunan untuk UFL semakin hampir diselesaikan dan pelancaran akan berlaku tidak lama lagi. Melalui sesi beta terbuka ini, mereka ingin menguji sistem serta pelayan dan mencari pepijat-pepijat yang mungkin terlepas pandang oleh mereka.

Oleh disebabkan UFL tidak ditawarkan secara rasmi untuk pasaran Asia, anda mungkin memerlukan akaun Eropah ataupun Amerika untuk mengakses-nya. UFL akan dilancarkan sebagai permainan percuma.

Sohor Kini