BioWare hari ini telah melakukan perkongsian terbaru mengenai permainan Dragon Age seterusnya yang sedang dibangunkan. Perkara utama yang diperkatakan adalah permainan tersebut kini dikenali sebagai Dragon Age: The Veilguard berbanding Dragon Age: Dreadwolf.

Mereka mengatakan yang penukaran judul tersebut disebabkan mereka ingin menyatakan yang permainan ini masih memfokuskan kepada watak pemain bersama dengan rakan seperjuangan yang akan memainkan peranan penting di dalam permainan ini, berbanding memfokuskan watak jahat.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, BioWare mengatakan yang seperti permainan sebelum ini, pemain akan menghasilkan watak mereka sendiri untuk watak utama, dan akan ditemani oleh 7 rakan yang setiap daripada mereka mempunyai penceritaan tersendiri dan pilihan pemain akan menentukan perhubungan mereka.

Perkongsian lanjut mengenai Dragon Age: The Veilguard termasuk juga treler tatamain akan diperlihatkan pada 11 Jun 2024 di saluran YouTube Dragon Age.

Sohor Kini