Double Eleven telah mengumumkan yang mereka tidak lagi terlibat dengan pembangunan Prison Architect 2, selepas terlibat dengan permainan tersebut untuk beberapa tahun yang lepas. Permainan tersebut sebaliknya akan dibangunkan oleh Kokku.
Mereka mengatakan ini keputusan yang berat ini diambil selepas Paradox Interactive dan Double Eleven gagal untuk mencapai perjanjian komersial, dan Paradox juga telah bekerjasama dengan studio baharu (Kokku) sejak bulan Ogos tahun lepas.
Prison Architect yang pertama dibangunkan oleh Introversion Software sebelum IP diambil-alih oleh Paradox pada tahun 2019, pada masa yang sama Double Eleven juga terlibat untuk meneruskan pembangunan bagi permainan pertama dan juga permainan kedua.