Playtonic telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Yooka-Replaylee iaitu versi penambah-baikkan untuk Yooka-Laylee yang dilancarkan pada tahun 2017. Versi baharu ini akan dilancarkan untuk konsol dan juga PC.

Menurut Playtonic lagi, versi ini akan menambah-baik kamera, kawalan, kebolehan, visual dan juga menyertakan beberapa cabaran baharu. Mereka akan melakukan sesi perkongsian lanjut termasuk juga soal jawab tidak lama lagi.

Yooka-Laylee dilancarkan pada tahun 2017 sebagai spiritual successor kepada permainan Banjo-Kazooie yang dilancarkan untuk Nintendo 64 puluhan tahun yang lepas.

Sohor Kini