Marvel’s Midnight Suns Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store telah menawarkan Marvel’s Midnight Suns sebagai permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka. Permainan oleh Firaxis Games ini boleh ditebus bermula sekarang sehingga 13 Jun 2024.

Marvel’s Midnight Suns menyertakan tatamain strategi dengan pertempuran mengikut turutan, berbeza dengan satu lagi permainan oleh Firaxis iaitu XCOM, permainan ini menggunakan konsep kad di dalam melakukan serangan ataupun pergerakan.

Melalui ulasan kami, ia adalah satu permainan strategi yang sangat baik oleh pembangun XCOM, namun kualiti bahagian pertempuran tidak di bawa kepada kualiti bahagian lain permainan ini yang juga penting, contohnya fungsi sosial di dalamnya. Anda boleh baca ulasan di pautan berikut – Ulasan Marvel’s Midnight Suns.

Epic Games Store: Marvel’s Midnight Suns

Sohor Kini