Ubisoft telah melancarkan permainan kompetitif terbaru oleh mereka iaitu BattleCore Arena secara akses awal di PC melalui Ubisoft Connect, Epic Games Store dan Steam. Ia merupakan permainan percuma dan pemain yang bermain bermula sekarang sehingga 13 Jun akan mendapat ganjaran khas sebagai pemain terawal mencubanya.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi bebola yang dipanggil sebagai ‘Core’ dengan pemain boleh melakukan pelbagai gerakan seperti memecut dan melompat. Pemain juga boleh menggunakan senjata-senjata yang pelbagai. Kesemua ini digunakan untuk bertempur dengan pemain-pemain lain, Battlecore Arena menyertakan beberapa mod PvP seperti Backup, Q-Ball dan Free-for-all.
Battlecore Arena pada awalnya dibangunkan oleh tiga pembangun dan selepas ia memenangi hadiah utama di festival permainan video di Bordeaux, mereka menyertai Ubisoft Bordeaux untuk mengembangkan lagi permainan ini.