Apple telah mengumumkan senarai aplikasi dan juga permainan video yang memenangi Apple Design Award 2024. Anugerah ini membahagikan pemenang kepada beberapa kategori iaitu Menyeronokkan, Inklusif, Inovasi, Interaksi, Impak Sosial, Visual dan Grafik, dan Spatial.

Berikut adalah senarai pemenang untuk setiap kategori:

  • Menyeronokkan – NYT Games (The New York Times Company)
  • Inklusif – Crayola Adventures (Red Games Co.)
  • Innovasi – Lost in Play
  • Interaksi – Rytmos (Floppy Club)
  • Impak Sosial – The Wreck (The Pixel Hunt)
  • Visual dan Grafik – Lies of P (Neowiz)
  • Pengkomputeran Spatial – Blackbox (Shapes and Stories)

Anda boleh layari laman Apple Design Awards untuk melihat senarai penuh termasuk juga finalis-finalis lain.

Sohor Kini