The First Slam Dunk Tiba Di Disney+ Hotstar 10 Jun Ini

Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang filem animasi The First Slam Dunk akan tiba di perkhidmatan tersebut pada 10 Jun 2024. Mereka juga berkongsi treler rasmi bagi filem ini yang anda boleh tonton di bawah.

Filem ini mengenai Ryota Miyagi yang bermain bola keranjang di sekolah Shohoku bersama dengan Hanamichi Sakuragi, Hisashi Mitsui, Kaede Rukawa dan Takenori Akagi, ia membawa penceritaan yang memfokuskan kepada perlawanan akhir bagi mereka.

The First Slam Dunk sudah ditayangkan di Jepun pada tahun 2022 dan di Malaysia pada tahun lepas.

Sohor Kini