Alien: Romulus Terima Treler Pertama Dan Sangat Seram

Selepas hadir dengan treler acah sebelum ini, 20th Century Studios akhirnya berkongsi treler pertama untuk Alien: Romulus iaitu filem terbaru di dalam francais Alien ini. Berdasarkan treler yang diperlihatkan, ia berpotensi untuk kembali menjadi filem yang mempopularkan francais ini.

Filem ini diarahkan oleh Fede Alvarez iaitu pengarah untuk Don’t Breathe dan Evil Dead. Beliau juga menulis filem ini bersama dengan Dan O’Bannon dan Rodo Sayagues. Ridley Scott yang mengarah filem pertama akan menjadi penerbit.

Senarai pelakon antaranya ialah Isabela Merced, Cailee Spaeny, Archie Renaux, Daid Johnsson, Spike Fearn dan Aileen Wu.

Alien: Romulus akan ditayangkan bermula 16 Ogos 2024.

Sohor Kini