Skip to main content

Samsung telah mengumumkan pelancaran model tahun 2024 untuk dua monitor mereka iaitu Odyssey OLED G8 dan Odyssey OLED G6 dengan kedua-duanya menggunakan panel OLED dengan teknologi ‘OLED Glare Free’ untuk mengurangkan kesan pantulan dan juga ‘OLED Safeguard+’ yang boeleh mengelak daripada berlakunya masalah burn-in.

Odyssey OLED G8 merupakan monitor Samsung 32-inci OLED rata pertama yang menyertakan resolusi 4K (3840 x 2160). Ia juga menyokong kadar segar semula 240Hz dengan kadar reaksi 0.03ms GtG. G8 juga mempunyai fungsi Smart, speaker terbina dan yang pertama mempunyai sokongan AI dengan penggunaan cip pemprosesan NQ8 AI gen3 iaitu cip yang sama digunakan di model baharu 8K TV mereka.

Teknologi ini membolehkan untuk Odyssey OLED G8 mempertingkatkan resolusi kandungan sehingga 4K semasa menggunakan Samsung Gaming Hub ataupun aplikasi native Smart TV semasa bermain permainan video atau menonton kandungan hiburan.

Odyssey OLED G6 pula dilengakapi dengan panel bersaiz 27-inci, dengan resolusi 2560 x 1440 dan sokongan kadar segar semula sehingga 360Hz bersama kadar reaksi 0.03ms GtG. Namun, G6 tidak dilengkapi dengan fungsi Smart, dan juga AI seperit G8.

Samsung Odyssey OLED G8 ditawarkan dengan harga RM5,399 manakala Odssey OLED G6 dengan harga RM3,999. Kedua-dua monitor sudah boleh di pra-tempah melalui laman rasmi Samsung.

Leave a Reply