Square Enix telah mengumumkan yang Octopath Traveler kini ditawarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, selain daripada itu Octopath Traveler II buat pertama kalinya juga ditawarkan untuk Xbox One dan Xbox Series.

Mereka juga mengumumkan yang pelanggan Xbox Game Pass atau PC Game Pass juga boleh mendapatkan kedua-dua permainan melalui perkhidmatan tersebut.

Octopath Traveler merupakan permainan JRPG yang dilancarkan pada tahun 2018, permainan susulan untuknya iaitu Octopath Traveler II dengan watak baharu dilancarkan 5 tahun kemudian iaitu pada tahun lepas. Siri ini telah terjual melebihi 4 juta unit.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Octopath Traveler dan juga Octopath Traveler II.

Sohor Kini