Penambahan terbaru untuk The Elder Scrolls Online iaitu Gold Road telah-pun dilancarkan untuk PC serta Mac dengan untuk konsol akan tiba pada 18 Jun kelak. Mereka juga berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.

Gold Road akan meneruskan penceritaan daripada penambahan sebelum ini iaitu Necrom – anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut Ulasan The Elder Scrolls Online: Necrom. Ia akan membawa pemain ke kawasan baharu yang sebelum ini diperlihatkan di dalam The Elder Scrolls IV: Oblivion.

Selain itu, penambahan ini juga memperkenalkan sistem baharu iaitu Scribing yang membolehkan pemain untuk menghasilkan kuasa dengan pelbagai cara. Pemain akan diberikan Grimoire dan boleh memilih Primary, Secondary dan Tertiary Scrips yang berbeza untuknya. Bagi mendapatkan sistem baharu, pemain perlu melakukan misi yang hadir bersama dengan penambahan Gold Road.

The Elder Scrolls Online sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga ditawarkan di Xbox Game Pass.

Sohor Kini