Pada tahun 2021, Riot Games telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan menembak kompetitif Valorant ke peranti pintar dan mereka akan memanggilnya sebagai Valorant Mobile. Selepas itu tidak banyak perkongsian lanjut yang dilakukan.
Terkini, Daniel Ahmad iaitu penganalisa untuk pasaran permainan video di China telah mengatakan yang Valorant Mobile sudah mendapat kelulusan untuk dilancarkan di China, menandakan yang permainan tersebut mungkin akan tiba tidak lama lagi.
Dengan populariti Valorant di PC terus meningkat, Riot Games sudah semestinya berharap untuk turut membawa permainan ini ke platform baharu terutama peranti pintar sesuatu yang sudah dilakukan oleh Riot Games bagi permainan lain mereka seperti League of Legends.