Filem terbaru oleh Pixar iaitu Inside Out 2 akan mula ditayangkan pada 13 Jun ini, namun sebelum itu, seni pemasangan sudah tersedia untuk dikunjungi bermula sekarang sehingga 30 Jun di The Exchange TRX Mall.

Seni pemasangan ini dihasilkan oleh Pamela Tan iaitu pengkarya tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Beliau menggunakan dua watak daripada filem animasi tersebut sebagai inspirasi iaitu Joy dan Anxiety. Seperti kita sedia maklum, Inside Out merupakan filem animasi yang memfokuskan kepada emosi berbeza yang terdapat di dalam Riley.

Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat dan bergambar, anda boleh mengujungi seni pemasangan ini di tingkat bawah The Exchange TRX Mall.

Sohor Kini