Skip to main content

CNBC telah melaporkan yang Paramount bersetuju dengan tawaran oleh Skydance untuk menggabungkan dua syarikat tersebut dengan perjanjian yang bernilai $8 bilion, pengumuman mengenai gabungan ini dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

Jika gabungan ini dipersetujui, Skydance dan syarikat pengurusan aset RedBird akan memilik 2/3 daripada Paramount dengan selebihnya akan dipegang oleh pemegang saham kelas B yang biasanya dimiliki oleh pihak pengurusan syarikat.

Sebelum ini, Sony Pictures dan syarikat pengurusan aset Apollo Global Management membuat tawaran $26 bilion untuk mengambil alih Paramount Global daripada National Amusements akan tetapi Sony Pictures ingin memecahkan bahagian-bahagian di dalam Paramount sesuatu kurang dipersetujui oleh Shari Redstone iaitu pemilik National Amusements.

Leave a Reply