Sony Pictures telah berkongsi treler untuk Venom: The Last Dance iaitu filem ketiga dan juga mungkin yang terakhir bagi Tom Hardy sebagai Eddie Brock dan Venom. Filem ini akan ditayangkan pada bulan Oktober.

Melalui treler ini diperlihatkan yang Eddie Brock bukan sahaja terpaksa melawan dengan satu organisasi yang memburu symbiote tetapi juga perlu bertempur dengan symbiote lain yang mula turun ke bumi untuk mencari Venom.

Treler juga memperlihatkan bagaimana Venom memasuki kuda untuk menghasilkan Kuda Venom. Venom memasuki haiwan bukan sesuatu yang baharu, di dalam komik pernah diperlihatkan venom ataupun symbiote lain memasuki haiwan seperti gorilla, jerung dan T-Rex.

Sohor Kini