Astro Shaw telah mengumumkan yang selepas dua minggu ditayangkan, The Experts telah mengutip RM10 juta iaitu penambahan RM5 juta berbanding selepas hujung minggu pertama dan terus menjadi filem popular di pawagam pada waktu ini.

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Anda boleh baca ulasan kami untuk filem ini di pautan berikut – Ulasan The Experts

Sohor Kini