Pertarungan lebih 2 bulan akhirnya selesai dan Selangor Red Giants (SRG) merupakan juara bagi Mobile Legends Professional League Malaysia untuk Musim ke-13. Selain daripada menang peringkat akhir menentang HomeBois, SRG juga menamatkan kejohanan ini dengan rekod bersih tanpa kalah sejak daripada peringkat liga lagi.

Selaku juara, SRG membawa pulang hadiah tunai $32,500 dan juga slot untuk ke Mid-Season Championship (MSC) 2024 yang akan berlangsung di Arab Saud bersempena dengan kejohanan Piala Dunia Esukan pada akhir bulan Jun.

HomeBois yang walaupun memberi cabaran yang baik kepada SRG, terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan membawa pulang hadiah tunai $19,100. Mereka juga mendapat slot ke MSC 2024 Wildcard di mana mereka perlu merebut satu tiket ke peringkat kumpulan MSC 2024 bertemu dengan pasukan-pasukan dari serata dunia.

Bagi anugerah individu pula, ia juga di dominasi oleh pemain dari RSG dengan Innocent memenangi MVP untuk peringkat liga dan peringkat akhir, Yums pula memenangi anugerah ‘Most Improved Player’ dan pemain baharu terbaik dimenangi oleh X Win dari King Empire.

‘Pasukan Idaman’ juga dipenuhi dengan pemain dari RSG iaitu Kramm, Stormie, Innocent, Yums dan Arcadia dengan seorang lagi ialah Chibi dari pasukan HomeBois.

Moonton juga telah mengatakan yang MPL MY Musim Ke-13 telah memecah rekod dengan mencatat 610,943 jumlah penonton serentak berdasarkan Esports Charts yang dicapai semasa perlawanan akhir di antara SRG dan HomeBois.

Sohor Kini