EA Sports F1 24 Dilancarkan Untuk PlayStation, Xbox Dan PC

EA telah melancarkan EA Sports F1 24 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.

Seperti diumumkan sebelum ini, permainan terbaru di dalam siri F1 oleh Codemasters dan EA ini menyertakan pembaharuan seperti EA Sports Dynamic Handling dibangunkan secara dekat bersama dengan Max Verstappen yang juga merupakan pelumba di muka depan, juara dunia dan secara sendirinya merupakan seorang pemain permainan video terutama perlumbaan simulasi.

Selain itu, buat pertama kali untuk mod karier pemain boleh memilih untuk menjadi mana-mana pemandu sebenar F1 berbanding menggunakan pelumba penghasilan sendiri. Pemain juga boleh memilih pelumba dari F2 dan juga ikon di dalam F1.

Sohor Kini