Prime Video telah mengumumkan yang mereka akan menyiarkan siri aksi nyata Like a Dragon: Yakuza yang merupakan adaptasi kepada siri permainan Like a Dragon (Yakuza sebelum ini) yang dibangunkan oleh RYUGAGOTOKU Studio dan diterbitkan oleh SEGA.

Siri ini akan mula disiarkan pada 25 Oktober ini dan akan mempunyai 6 episod, 3 episod pada tarikh tersebut dan 3 lagi episod pada 1 November 2024. Ryoma Takeuchi yang sebelum ini popular sebagai Kamen Rider Drive akan membawa watak Kazuma Kiryu.

Siri ini diarahkan oleh Masaharu Take yang sebelum ini mengarah filem seperti 100 Yen Love, serta siri The Naked Director. Menjadi pengarah bersama ialah Kengo Takimoto yang mengarah siri TV seperti Kamen Teacher dan Onna wa sore wo yurusanai.

Bagi penceritaan, mereka mengatakan yang ia akan membawa penceritaan yang tidak pernah diceritakan di dalam permainan video sebelum ini dan memfokuskan kepada kejadian pada tahun 1995 dan 2005 dengan berlatar tempat di Kamurochō.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini