Godzilla Minus One Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Godzilla menerima beberapa filem Godzilla baharu sejak beberapa tahun yang lepas, dan Godzilla Minus One antara yang paling dinantikan terutama kerana ia tidak pernah ditayangkan secara rasmi di Malaysia dan juga selepas filem tersebut membuat sejarah dengan memenangi Oscars pada tahun ini.

Penantian tersebut akhirnya berakhir apabila tanpa sebarang pengumuman Godzilla Minus One kini ditawarkan di Netflix.

Filem ini memfokuskan kepada keadaan selepas perang dunia kedua dengan Jepun berusaha untuk pulih daripada kesan peperangan tersebut akan tetapi keadaan menjadi rumit apabila munculnya Godzilla yang menjadi cabaran baharu untuk mereka.

Filem ini diarahkan oleh Takashi Yamazaki dengan senarai pelakon seperti Minami Ichikawa, Shuji Abe, Kenji Yamada, Kazuaki Kishida, Go Abe dan Keiichiro Moriya.

Sohor Kini