TGV Pictures telah mengumumkan yang filem seram dari Thailand iaitu The Cursed akan ditayangkan bermula pada 13 Jun 2024. Filem arahan Ekkachai Srivichai ini juga melibatkan beliau sebagai pelakon bersama dengan Ratchanok Suwanket dan Siwat Chotchaicharin.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Filem ini adalah mengenai remaja August yang lahir dengan penuh misteri di mana bapanya telah berjanji untuk menjadikannya sebagai penari Manohrah, akan tetapi ibunya tidak bersetuju yang mengakibatkan pelbagai kejadian misteri berlaku.

Sohor Kini