Netflix Umum Siri Animasi Minecraft Sedang Dibangunkan

Netflix hari ini telah mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Mojang untuk hadir dengan siri animasi berdasarkan Minecraft, pengumuman ini dilakukan bersempena dengan ulang tahun ke-15 untuk permainan paling popular tersebut.

Siri ini dikatakan menyertakan penceritaan dan watak baharu. WildBrain menjadi studio yang bertanggungjawab untuk menghasilkan animasi, mereka sebelum ini bertanggungjawab untuk siri seperti Sonic Prime dan Carmen Sandiego.

Netflix mengatakan yang maklumat lanjut mengenai siri ini akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini