Ballistic Moon ketika acara State of Play telah berkongsi treler baharu untuk Until Dawn versi penambah-baikkan yang dibangunkan untuk PlayStation 5 dan PC, walaupun masih tiada tarik pelancaran, treler tersebut menyatakan yang ia akan tiba lewat tahun ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, versi ini akan dibangunkan semula menggunakan Unreal Engine 5 menggunakan teknologi-teknologi terkini untuk mempertingkatkan kualiti watak, persekitaran dan juga VFX bagi memberikan pengalaman cinematic seram yang lebih mendalam.

Mereka juga akan melakukan penambahan untuk muzik runut di dalam permainan ini melibatkan komposer terkenal Mark Korven. Selain itu, walaupun permainan ini kebanyakannya mengekalkan daripada permainan asal, tetapi mereka juga akan mengembangkan lagi bahagian emosi di dalam penceritaan yang sebelum ini tidak diperlihatkan.

Until Dawn merupakan permainan seram yang dibangungkan oleh Supermassive Games, permainan ini memfokuskan kepada pilihan pemain yang akan menentukan nasib watak-watak di dalamnya. Ia pertama kali dilancarkan untuk PS4 pada tahun 2015. Ia juga akan dijadikan satu filem aksi nyata dibangunkan oleh PlayStation Productions dan Screen Gems. Filem ini akan diarahkan oleh David F. Sandberg dan lakon layar ditulis oleh Gary Dauberman.

Sohor Kini