Marvel Rivals Turut Diumumkan Untuk PS5 Dan Xbox Series

NetEase Games dan Marvel Games ketika State of Play telah mengumumkan yang Marvel Rivals akan turut dilancarkan untuk PlayStation 5, di pengumuman berasingan, mereka juga mengatakan yang ia juga akan tiba untuk Xbox Series.

Marvel Rivals iaitu permainan percuma menembak 6 lawan 6 dan ia dimainkan daripada pandangan third person sebelum ini hanya diumumkan untuk PC.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Venom dan Adam Warlock akan menyertai 19 watak yang boleh digunakan semasa pelancaran menyertai Black Panther, Hulk, Iron Man, Loki, Rocket Raccoon dan Spider-Man yang diperlihatkan sebelum ini.

NetEase juga mengumumkan yang sesi beta tertutup akan berlangsung lewat Julai untuk kesemua platform, dan pemain yang mencubanya di PlayStation akan mendapat kostum Scarlet Spider apabila permainan dilancarkan kelak.

Sohor Kini