Firewalk Studios ketika State of Play telah mengumumkan yang permainan sulung mereka iaitu permainan multi-pemain 5v5 menembak Concord akan dilancarkan pada 23 Ogos 2024 untuk PlayStation 5 dan PC.

Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih pelbagai watak yang digelar sebagai Freegunner, setiap daripada mereka mempunyai keupayaan tersendiri dan memainkan peranan berbeza di dalam setiap pasukan. Semasa pelancaran, akan terdapat 16 Freegunner dan ia akan menerima penambahan dari semasa ke semasa.

Firewalk Studios merupakan studio yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pembangun Bungie, mereka menyertai PlayStation Studios pada tahun lepas dan Concord merupakan permainan pertama mereka. Sebelum ini, mereka juga mengumumkan sedang membangunkan permainan memfokuskan naratif dan permainan RPG koperasi.

Sesi beta tertutup untuk Concord dijangka tiba tidak lama lagi.

Sohor Kini