Skip to main content

Bloober Team dan Konami telah mengumumkan ketika State of Play, versi penambah-baikkan untuk Silent Hill 2 akan dilancarkan pada 8 Oktober 2024 untuk PlayStation 5 dan juga PC. Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Silent Hill 2 asalnya dilancarkan pada tahun 2001 yang memfokuskan kepada watak baharu tetapi berlaku di pekan yang sama dengan permainan pertama, di kawasan yang berbeza. Versi penambah-baikkan ini menyertakan kualiti grafik yang lebih, sistem pertempuran yang lebih baik dan tiada skrin pemuatan.

Leave a Reply