Koei Tecmo dan Omega Force ketika State of Play telah mengumumkan yang Dynasty Warriors: Origins akan dilancarkan pada tahun 2025 dan buat pertama kali pemain akan menjadi satu watak yang tidak mempunyai nama.

Permainan ini sudah semestinya akan memfokuskan kepada pertempuran ‘1 vs 1000’ yang menjadikan siri permainan ini popular. Mereka juga mengatakan yang permainan ini akan bukan sahaja akan kembali kepada ‘hack-and-slash’ tetapi juga membawa satu pengalaman yang baharu.

Omega Force juga mengatakan yang dengan permainan ini memfokuskan kepada kejadian ‘Three Kingdoms’ pemain boleh melihat protagonis permainan lepas daripada pandangan yang berbeza.

Dynasty Warriors: Origins akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada tahun 2025.

Sohor Kini