God of War Ragnarok Untuk PC Akan Tiba September Ini

Santa Monica Studio ketika State of Play telah mengumumkan yang God of War Ragnarok untuk PC akan dilancarkan pada 19 September 2024 selepas ia dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada tahun 2022.

Versi PC ini dibangunkan bersama Jetpack Interactive yang juga merupakan pembangun untuk God of War versi PC yang dilancarkan pada tahun 2022.

Seperti biasa, versi PC ini menyokong kadar segar semula yang tidak dihadkan, DLSS, FSR, Intel XeSS dan juga sokongan paparan ultra-lebar.

Versi PC ini akan disertakan bersama dengan kemaskini Valhalla yang menyertakan New Game+ dan mod roguelite.

Sohor Kini