PlayStation telah mengumumkan yang acara State of Play mereka akan berlangsung pada 6 pagi, 31 Mei 2024 (esok). Melalui penstriman selama 30 minit ini mereka akan berkongsi 14 permainan untuk PlayStation 5 dan PS VR2 yang akan tiba sepanjang tahun ini.

Permainan yang dijangka akan diperlihatkan antaranya adalah Shin Megami Tensei V: Vengeance, Elden Ring: Shadow of the Erdtree, Zenless Zone Zero, Black Myth: WuKong, Star Wars Outlaws, dan Assassin’s Creed Shadows.

Kesemua permainan ini sudah diumumkan sebelum ini dan ia mungkin tidak menjadi fokus bagi State of Play ini. Oleh itu, kami berharap yang terdapat beberapa kejutan dengan pengumuman permainan yang tidak diumumkan lagi sebelum ini.

Kami juga berharap permainan seperti Marvel’s Wolverine dan Dragon Age: Dreadwolf diumumkan akan tiba pada tahun ini, akan tetapi besar kemungkinannya tidak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini