The Hollywood Reporter telah melaporkan yang filem ‘The Exorcist’ akan dimulakan semula dengan Mike Flanagan yang menjadi penerbit, pengarah dan juga penulis untuknya bersama dengan Universal Studios.

Permulaan semula ini hadir selepas filem terakhir iaitu The Exorcist: Believer tidak mendapat sambutan yang baik daripada penonton dan juga pengulas.

Mike Flanagan sebelum ini mengarah adaptasi novel Stephen King seperti Gerald’s Game dan Doctor Sleep. Beliau juga mengarah siri TV seperti The Haunting of Hill House, The Midnight Club dan The Fall of the House of Usher.

Bercakap mengenai siri filem ini, Mike Flanagan mengatakan yang The Exorcist merupakan antara sebab dia menjadi pencipta filem dan sangat berbesar hati diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu yang baharu di dalam dunia ini.

Dengan pengumuman ini, projek untuk filem susulan untuk Believer boleh dikatakan tidak lagi akan diteruskan.

Sohor Kini