Nacon telah mengumumkan yang Test Drive Unlimited Solar Crown akan dilancarkan pada 12 September 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia sebelum ini diumumkan tiba pada tahun 2022 sebelum tertunda ke tahun ini.

Test Drive Unlimited Solar Crown merupakan permainan perlumbaan dunia terbuka yang bertempat di Hong Kong. Mereka telah menghasilkan semula bandar ini dengan skala 1:1 untuk diteroka oleh pemain secara solo dan juga bersama rakan.

Permainan ini dibangunkan oleh KT Racing ataupun Kylotonn yang sebelum ini membangunkan permainan WRC.

Sohor Kini