Skip to main content

Bagi yang mengikuti siri TV ataupun komik The Boys sudah semestinya mengenali Homelander, adiwira yang lebih jahat daripada penjahat ini akan menyertakan Mortal Kombat 1 pada 4 Jun ini sebagai watak DLC dan sebelum itu, anda boleh tonton terlebih dahulu video tatamain untuknya.

Homelander merupakan sebahagian daripada DLC Kombat Pack yang pertama bagi permainan ini bersama dengan Quan Chi, Ermac, Omni-Man, dan Peacemaker yang sudah tiba sebelum ini. Manakala Takeda akan menjadi watak terakhir untuknya yang akan tiba selepas Homelander.

Di dalam treler juga diperlihatkan Ferra yang akan menyertai sebagai watak Kameo dan akan tiba sekitar bulan Jun ini.

Mortal Kombat 1 sudah dilancarkan pada 19 September tahun lepas untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Leave a Reply