CD Projekt telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku pertama untuk tahun 2024, bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi pecahan pembangun yang terlibat dengan projek-projek di studio tersebut.

Cyberpunk 2077 telah menerima kemaskini 2.12 pada bulan Februari lepas yang boleh dikatakan sebagai kemaskini terakhir dengan bermula pada 30 April, sudah tiada pembangun yang terlibat dengan permainan tersebut.

Majoriti pembangun CD Projekt Red, iaitu 407 daripada 630 pembangun terlibat dengan pembangunan Polaris iaitu kod projek untuk permainan seterusnya The Witcher. Selebihnya adalah 56 orang untuk projek Orion iaitu permainan seterusnya di dalam dunia Cyberpunk, 39 orang terlibat dengan Sirius iaitu projek multi-pemain berdasarkan The Witcher yang melalui pembangunan semula sebelum ini. Hader seperti Februari lepas masih melibatkan 20 pembangun, ia merupakan permainan berdasarkan IP baharu ciptaan CD Projekt sendiri.

Buat masa ini masih tiada sebarang pengumuman lanjut mengenai Polaris, selain daripada ia akan menjadi permulaan kepada trilogi baharu untuk siri permainan ini. Ia juga dijangka akan memasuki produksi tahun ini, dengan pengumuman lanjut mungkin hanya berlaku pada tahun depan seawalnya.

Sohor Kini