PlayStation bermula pada hari ini telah memulakan sambutan Days of Play mereka yang akan berlangsung sehingga 12 Jun 2024. Selain membuat penawaran permainan percuma untuk PS Plus dan juga PS Plus Katalog, jualan promosi juga berlangsung yang menawarkan perkakas dan permainan dengan potongan harga.

Berikut adalah senarai barangan yang ditawarkan:

  • Konsol PS5
    • PS5 – RM2,260 (RM2,499)
    • PS5 Digital Edition – RM1,830 (RM2,069)
    • PS5 Genshin Impact Gift Bundle – RM2,260 (RM2,499)
    • PS5 2nd DualSense Bundle – RM2,560 (RM2,799)
    • PS5 Digital Edition 2nd Dualsense Bundle – RM2,369 (RM2,130)
  • Perkakasan
    • PlayStation VR2 – RM2,329 (RM2,799)
    • PlayStation VR2 Horizon Call of the Mountain bundle – RM2,529 (RM2,999)
    • DualSense (warna terpilih) – RM279 (RM349)
  • Permainan Fizikal
    • Gran Turismo 7 – RM209
    • God of War Ragnarok – RM209
    • Marvel’s Spider- Man 2 – RM209
    • Rise of the Ronin – RM209
    • The Last of Us Part II Remastered – RM169

Selain itu, PlayStation Store juga menganjurkan jualan promosi yang sama dan menawarkan pelbagai permainan digital dengan potongan harga seperti Final Fantasy VII Rebirth, Tekken 8, Assassin’s Creed Mirage dan pelbagai lagi. Anda boleh layari laman ini untuk melihat senarai penuh, terdapat juga permainan-permainan yang mempunyai tawaran tambahan untuk sehari sahaja.

Bagi yang ingin langganan PS Plus, promosi potongan harga sebanyak 30% juga ditawarkan untuk langganan 12 bulan bagi pemain baharu. Manakala bagi pelanggan sedia ada boleh dapatkan potongan 25% untuk PS Plus Extra atau 30% untuk PS Plus Deluxe jika naik taraf.

Sohor Kini