Sambutan untuk Days of Play bermula pada minggu ini dengan pelbagai penawaran termasuk juga tawaran bulanan seperti PS Plus yang menerima tiga permainan untuk bulan Jun. Manakala bagi PS Plus Katalog pula, ia akan menerima permainan tambahan untuk bulan ini.

Permainan-permainan yang ditawarkan mengandungi permainan untuk PS VR2, PS2 dan PS4/PS5 seperti berikut:

PS VR2 – tiba pada 6 Jun:

  • Ghostbusters: Rise of the Ghost Lord
  • Walkabout Mini Golf
  • Before Your Eyes

PS2 (Katalog Klasik) – tiba pada 11 Jun:

  • Tomb Raider Legend
  • Star Wars: The Clone Wars
  • Sly Cooper & The Thievius Racoonus

PS4/PS5:

  • Dredge (29 Mei)
  • Lego Marvel Super Heroes 2 (31 Mei)
  • Cricket 24 (5 Jun)
  • GTA San Andreas (7 Jun)

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Sohor Kini