Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Jun untuk pelanggan di Malaysia.
Penawaran bulan ini menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 4 Jun 2024:
- SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake
- AEW Fight Forever
- Tropico 5
Jika anda masih belum menebus permainan yang ditawarkan pada bulan Mei, anda masih boleh melakukannya sehingga 3 Jun 2024 kecuali EA Sports FC 24 yang ditawarkan sehingga 17 Jun 2024.
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan.
Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM235 untuk setahun iaitu harga baharu yang bermula pada 6 September tahun lepas.