Steam Sahkan Akaun Tidak Boleh Dipindahkan Melalui Wasiat

Seorang pengguna forum Resetera delete12345 telah berkongsi jawapan oleh Steam Support mengenai jika dia boleh meninggalkan akaun steam melalui wasiat dan dipindahkan kepada penama selepas dia meninggal dunia.

Steam Support mengatakan yang akaun Steam tidak boleh dipindahkan, oleh itu mereka tidak boleh memberikan akses sesuatu akaun atau menggabungkan akaun tersebut dengan akaun lain. Oleh itu, akaun Steam tidak boleh dipindahkan melalui wasiat.

Seperti yang diperkatakan di dalam forum itu sendiri, ini merupakan sesuatu yang sudah dijangkakan akan tetapi pengguna boleh sahaja meninggalkan kata laluan kepada pewaris jika tidak ingin akaun tersebut hilang buat selamanya.

Sohor Kini