Zenless Zone Zero Dilancarkan Secara Rasmi 4 Julai Ini

HoYoverse telah mengumumkan dan mengesahkan yang Zenless Zone Zero akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Julai 2024 di PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Mereka juga menganjurkan giveaway untuk berpeluang memenangi PS5, papan kekunci dan juga pendiri.

Zenless Zone Zero merupakan permainan ARPG di mana penceritaan memfokuskan kepada ketamadunan manusia telah dimusnahkan oleh satu bencana yang digelar sebagai Hollows. Bandar New Eridu menggunakan segala teknologi dan sumber yang ada untuk melawan Hollow ini dan menjadi harapan terakhir untuk tamadun manusia. Pemain akan menjadi Proxy iaitu seorang yang pakar untuk melalui Hollow.

Anda masih boleh melakukan pra-pendaftaran melalui pautan ini, untuk mencapai sasaran 40 juta, jika ingin mendapat segala ganjaran yang ditawarkan.

Sohor Kini