Ubisoft dan pembangun Evil Empire telah melancarkan The Rogue Prince of Persia secara akses awal melalui Steam, selepas tertunda daripada tarikh asal iaitu 14 Mei. Ia juga ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM62.10 berbanding RM69 untuk hari ini sahaja.

Buat masa ini, pemain boleh mengakses 6 biomes, 8 senjata dan 6 peralatan yang boleh digunakan. Ia juga menyertakan 2 pertempuran boss dan 30 trinket untuk digunakan dengan gaya yang berbeza. Ia akan terus menerima kandungan tambahan sehingga versi 1.0 dilancarkan yang dijangka mengambil masa setahun pembangunan.

Ubisoft sebelum ini juga mengumumkan yang ia akan turut dilancarkan di konsol akan tetapi versi akses awal buat masa ini hanya untuk PC. Ia juga boleh dimainkan melalui GeForce Now.

Sohor Kini