Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang melalui musim kedua bagi Tom Clancy’s Rainbow Six Siege tahun ke-9, iaitu Operation New Blood, mereka akan melakukan olahan semula untuk antara operator terawal bagi permainan tersebut iaitu Recruit. Musim baharu ini akan bermula pada 11 Jun 2024 bersama dengan pengenalan R6 Membership.

Selepas 9 tahun diperkenalkan bersama dengan pelancaran permainan ini, Recruit kini akan mempunyai rekaan baharu dan boleh dimainkan sebagai Attacker atau sebagai Defender dengan kedua-dua akan menggunakan senjata yang berlainan. Oleh kerana Recruit dimiliki oleh semua pemain, Premium Battle Pass akan mendapat Baucar untuk menebus operator lain, yang sudah memiliki kesemua operator akan mendapat 600 R6.

Selain itu, keseimbangan permainan juga dilakukan dengan operator seperti Fenrir dan Solis yang dikatakan terlalu kuat di dalam perlawanan akan dikurangkan keupayaannya. Fenrir kini hanya boleh membawa 4 F-Natt Dread Mines sahaja dan tidak lagi kalis peluru. Manakala Solis ketahanan dan jarak untuk SPEC-IO Elector Sensor dikurangkan.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply