PUBG Mobile Umum Acara Kolaborasi Dengan ROG – Bermula 28 Mei

PUBG Mobile telah mengumumkan acara kolaborasi bersama dengan Republic of Gamers (ROG) – ROG Phone 8 series. Acara ini akan bermula pada 28 Mei sehingga 30 Jun dengan pelbagai aktiviti serta ganjaran yang ditawarkan untuk pemain.

Bersempena dengan acara ini, mereka memperkenalkan kostum berdasarkan watak baharu iaitu Horsem4n daripada ROG SAGA, selain itu pemain juga boleh menggunakan senjata berdasarkan ROG iaitu ROG Revolution – DBS yang merupakan senjata jenis shotgun.

Acara di dalam permainan iaitu PROJECT RE:VOLUTION juga akan berlangsung, pemain yang melakukan misi tertentu akan berpeluang untuk memenangi ROG Phone 8 dan juga barangan-barangan ROG.

Seperti diumumkan sebelum ini, melalui kemaskini 3.2, PUBG Mobile boleh dimainkan dengan mod 120FPS untuk telefon-telefon terpilih termasuk juga ROG Phone 8.

ROG juga mengumumkan yang ROG Phone 8 kini ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM549 dan pembeli juga boleh dapatkan kostum ROG SAGA X PUBG Mobile:

  • ROG Phone 8 ditawarkan dengan harga RM3,599 + Devilcase Guardian
  • ROG Phone 8 Pro ditawarkand engan harga RM4,799 + Devilcase Guardian

Anda boleh layari laman rasmi untuk maklumat lanjut mengenai acara kolaborasi ini.

Sohor Kini