HoYoverse telah mengumumkan yang Genshin Impact versi 4.7 dengan judul “An Everlasting Dream Interwined” akan tiba pada 5 Jun 2024 yang antaranya menyertakan tiga watak baharu, Challenge Domain, permainan-mini dan penceritaan baharu untuk Archon Quest.

Tiga watak baharu yang akan tiba adalah dua dari Fontaine iaitu Clorinde yang merupakan watak 5-bintang dengan elemen Electro dan menggunakan pedang bersama dengannya adalah Sigewinne juga watak 5-bintang dengan elemen Hydro dan menggunakan panah. Seorang lagi adalah watak 4-bintang iaitu Sethos yang menggunakan panah dengan elemen Electro.

Clorinde dan Sethos akan tiba bersama dengan Alhaitham untuk pertengahan pertama versi ini diikuti dengan Sigewinne bersama dengan Furina untuk banner bagi pertengahan kedua.

Bermula pada 1 Julai, Challenge Domain baharu diperkenalkan iaitu “Imaginarium Theater” dengan kandungan akan diperbaharui secara bulanan. Imaginarium Theater akan menyertakan cabaran dengan mempunyai beberapa tahap kesukaran dan watak dengan elemen tertentu sahaja boleh digunakan. Pemain boleh dapatkan sehingga 620 Primogems setiap bulan dengan melakukannya.

Dengan pengenalan Imaginarium Theater, Spiral Abyss akan diperbaharui secara bulanan setiap 16 hari bulan dan ganjaran untuk Floors 9 sehingga 12 juga ditingkatkan kepada 800 Primogem.

Permainan mini baharu yang diperkenalkan adalah “Mutual Security Enhancing Simulation” iaitu permainan tower defense. Bagi membantu pemain untuk melakukan aktiviti harian, had Original Resin ditingkatkan daripada 160 ke 200.

HoYoverse juga telah berkongsi satu video yang mengacah Natlan iaitu negara baharu yang akan tiba d dalam Genshin Impact tidak lama lagi.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini