Beverly Hills Cop: Axel F Disiarkan DI Netflix Julai Ini

Netflix telah mengumumkan yang Beverly Hills Cop: Axel F akan disiarkan di platform tersebut pada 3 Julai 2024. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Filem ini akan memperlihatkan Eddie Murphy kembali sebagai Axel Foley selepas Beverly Hills Cop III yang dikeluarkan pada 1994. Senarai pelakon lain ialah Taylour Paige, Joseph Gordon-Levitt, Judge Reinhold dan John Ashton.

Marh Molloy merupakan pengerah dan ditulis oleh Will Beall bersama dengan Tom Cormican dan Kevin Etten.

Sementara menanti bulan Julai ini, anda boleh tonton tiga filem Beverly Hills Cop yang juga ditawarkan di Netflix.

Sohor Kini