Counter-Strike 2 Kini Menyokong Bahasa Indonesia Sepenuhnya

Valve telah mengumumkan yang permainan kompetitif menembak mereka Counter-Strike 2 (CS2) kini menyokong bahasa Indonesia sepenuhnya, membolehkan pemain untuk bermain menggunakan pilihan bahasa tersebut.

Menurut Valve, CS2 akan menyertai lebih 2000 permainan di Steam yang menyokong bahasa tersebut termasuk juga permainan dari Indonesia sendiri. Pada tahun lepas, Valve telah menyertakan sokongan bahasa Indonesia untuk gedung permainan mereka Steam.

Counter-Strike 2 dilancarkan pada tahun lepas sebagai kemaskini untuk Counter Strike: Global Offensive. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini