Kasedo Games dan Bulwark Studios telah mengumumkan yang Warhammer 40,000: Mechanicus II sedang dibangunkan dan ia akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC. Mereka juga berkongsi treler pengumuman.

Permainan ini merupakan susulan kepada permainan pertama yang dilancarkan pada tahun 2018, ia menyertakan tatamain strategi mengikut turutan dan antara perkara baharu disertakan di dalam permainan kedua ini, pemain bukan sahaja dapat bermain sebagai Adeptus Mechanicus tetapi juga sebagai Necrons.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran tetapi anda boleh mengikuti laman rasmi untuk maklumat terbaru mengenainya.

Sohor Kini