Garena Undawn Menerima Peta Baharu – Stygian City

Garena Undawn telah melancarkan kandungan baharu yang membawa peta baharu, mod PvPvE, dan juga acara masa terhad Journey of Darkness. Selain itu, terdapat juga tambahan fungsi seperti Mechanoid Optimisation dan Gathering Drone.

Peta baharu yang diperkenalkan adalah Stygian City iaitu bandar terakhir yang diketahui berada di Benua Barat. Peta ini dibahagikan kepada kawasan atas tanah dan bawah tanah dengan kawasan-kawasan seperti Tungsten Port, Dragongate Dock dan juga laluan kereta api.

Bersama dengan peta ini, permainan ini juga menerima mod baharu iaitu Stygian Restricted Area yang merupakan mod PvPvE. Pemain akan memasuki kawasan khusus ini untuk mendapat sumber seperti senjata, peluru dan aksesori sebanyak yang mungkin. Ia boleh didapatkan dengan mencarinya atau daripada lawan, sumber ini kemudian boleh digunakan untuk percubaan yang seterusnya.

Markah juga diberikan bergantung kepada masa bertahan, melawan raksasa dan juga pemain lain, jumlah sumber yang diperoleh dan juga kejayaan untuk keluar daripada kawasan tersebut.

Garena Undawn sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini