Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL) Malaysia yang merupakan liga tingkat-dua untuk Mobile Legends telah dianjurkan dengan jayanya buat pertama kali tahun ini.

Ia merupakan liga untuk memberi peluang kepada pasukan-pasukan baharu mendapat slot ke MPL MY dan juga menjadi tempat untuk pasukan simpanan untuk menguji kemahiran mereka.

Peringkat kalah mati sudah berlangsung sepanjang hujung minggu lepas yang memperlihatkan TODAK Legion menjadi juara sulung untuk kejohanan ini selepas mengalahkan HomeBois Syndicate.

TODAK mempertingkatkan kualiti permainan mereka selepas sekadar berada di kedudukan keempat semasa peringkat liga untuk mengalahkan Red Riot di peringkat Suku Akhir, Miracle Gaming di peringkat Separuh Akhir.

Selain itu, pada hari yang sama Barracuda Esports juga akan terus kekal di dalam MPL MY untuk musim depan selepas mengalahkan DX Originz yang perlu menunggu satu musim lagi untuk mendapat slot tersebut.

Mobile Legends Professional League akan menganjurkan Peringkat Kalah Mati bermula pada 30 Mei ini dan anda masih boleh dapatkan tiket untuk melihat secara dekat kejohanan ini.

Sohor Kini